Saturday 28 December 2013

4th Day ~ Rombongan winter ke Seoul, Korea

02 February 2013

Macam biasa.. Bangun-bangun, sakit kaki memang wajib.. Nak pijak lantai dan buat langkah pertama tu, sakitnya mak aii... Tp lepas betul-betulkan urat.. Jalan sikit... Ok laa... Setiap malam before tido memang gigih sapu yoko-yoko... Baru kaki sejuk dan tenang sikit nak tido. Rutin seperti biasa, yakni mandi, sarapan (maggi, roti & old town) seterusnya bersiap. Lepas tu turun ke hall guest house tunggu student tu datang jemput. Ittenary hari ni tak jalan-jalan sangat. Shopping time... Heheheh... hari ni kitaorg pergi ke Ewha University, Nandaemun, Dongdaemun dengan MyeongDong.

Memandangkan kawasan kitaorg duduk ni, dekat je dengan Ewha University, jadi kitaorg pegi laaa jalan-jalan tengok university diorang. Ewha University ni, memang Uni untuk budak perempuan sahaja... View memang Cantik. Rekabentuk bangunan kampus diorang pun unik. Memang tak lepas peluang le bergambo. Hehehe....


Lepas habis round Ewha University, kitaorg pergi ke Nandaemun. Dekat Nandaemun memang aktiviti borong brooch je laa. Memang gila laa kejap tengok brooch kat sini. Banyak jugak habis duit beli brooch kat sini. Ramai sedara mara perempuan kekdahnya. Dekat sini jugak ada booth jual cenderamata. Ambik peluang beli jugak fridge magnet. Buah tangan (perghh skima ayat ) kat kawan-kawan opis.

Habis beli brooch dengan fridge magnet, kitaorg pegi pulak ke Dongdaemun. Dekat-dekat je dua kawasan ni. Bagi sesiapa yang nak cari korean silk @ kain cotton, bolehlah datang sini. Sempat jugak beli 4 helai kain cotton. Boleh tempah buat baju keje (Masa menaip ni.. Kain tu dah siap jadi baju pun ). Hari ni memang takde aktiviti bergambar sangat sebab semua sibuk shopping dan takde view sangat nak shoot... Habis beli kain cotton, kitaorg pegi beli t-shirt pulak. Yang ni buah tangan untuk sedara mara lelaki. Beli t-shirt 'I Love Korea'.. & 'Seoul Hard Rock Cafe' ciplak.


Dah habis shopping, kitaorg pegi lunch. Menu tengah hari ni,  ikan bakar. Dekat area situ jugak. Sebab winter kan, perut asik lapar je. Semua makanan rasa sedap.  Hehehe... Nasib baik banyak jalan. So kira boleh cover balik lah kalori.. Ngeh ngeh ngeh... Habis makan, kitaorg lari balik guest house sekejap, simpan barang, rest kejap dan solat.

Selesai semua urusan, kitaorg keluar balik. Destinasi seterusnya, Myeongdong. Kat sini memang area agak havoc lah, Bagi siapa-siapa yang nak cuci mata dan fanatik k-pop, bolehlah datang ke sini. Sampai-sampai je masuk dalam forever 21 dulu. ada sale. Pantang nampak sale. Baju kat sana kebanyakkannya kecik-kecik size dia. uhukkk.. yer laa, tengok laa size org sana. Akhirnya, berjaya jugak rembat satu blouse je. Kat sini jugak ada banyak kedai kosmetik. Sempat laa rembat nose pack, BB Cream, Lip tint, masker. Memang rambang mata.  Sekian, aktiviti menyopping (ayat inggeris dimelayukan) pada hari ini.

Continue next entry... Daaa

No comments:

Post a Comment