Showing posts with label jakarta. Show all posts
Showing posts with label jakarta. Show all posts

Monday 6 January 2014

Cerita jalan-jalan ~ Hari pertama Jakarta - cianjur

29 May 2013

Trip kali ni agak santai. Memandangkan semua diuruskan oleh agen. Kira trip lenggang kangkung la. Flight kitaorg petang dalam pukul 4. So dalam PUKUL 11 tengah hari kitaorg berempat secara berjemaah turun dari rumah pergi ke KL CENTRAL. Dari sini, ambil ERL untuk terus ke KLIA sebab dah janji dalam pukul 2 semua kena kumpul untuk check in group.

Sampai KLIA, terus cari kedai makan. Kiranya brunch laa...  Salah perhitungan pulak. Sepatutnya kitaorg makan dulu kat KL CENTRAL. Dah habis makan, masing-masing menuju ke surau. Habis semua agenda, kitaorg berkumpul di tempat yang ditetapkan. Masa nak check in agak kacau bilau. Alhamdulillah selesai jugak check in akhirnya.

Trip kitaorg kali ni agak selesa. Kitorg naik KLM dan akan turun di Jakarta yakni airpot Soekarno-Hatta. Ada entertaiment dalam flight, memandangkan travel 2 jam 45 minit je, tak sempat pun nak layan movie. Lepas 45 minit perjalanan, kitaorg dihidangkan minum petang. Vegetable pie dengan juice. Huhu... Tak sedap... Dalam flight diorang ada bagi form nak kena fill up. Mcm biasa fill up je laa form tu.


Sampai airport Soekarno-Hatta dah agak lewat petang. Selesai jugak urusan imegresen. Masa kat sini, diorang akan bagi balik keratan yang di chop. Simpan keratan ni ye. Sebab yang ni amat penting untuk masa nak balik nanti. Lepas pick up je, hari dah gelap. Semua kumpul kat luar dan tunggu tour guide datang pick up. Alhamdulillah, tour guide memang dah menunggu. Destinasi pertama yang dibawa tentulah makan malam. Sah-sah semua kelaparan. 


Malam tu layan masakan padang. Selesai makan malam, bermulalah destinasi pertama kitaorg. Malam ini kitaorg akan dibawa ke Cianjur. Agak jauh dari Jakarta. Cianjur ni kawasan agak sejuk. Kalau tempat kita, ala-ala macam cameron la. Pengalaman pertama merasa 'jam' di Indonesia.. Wah.. Macetnya sangat dasyat. Kitaorg sampai di Hotel Cianjur agak lewat, dalam pukul 12 lebih. Memandangkan dah lewat malam, selepas dapat kunci bilik, mandi, terus semua tidur kepenatan. 

Continue hari ke dua ....

Monday 30 December 2013

Cerita jalan-jalan ~ #Throwback Trip ke Jakarta - Bandung

Trip ni tak ada dalam perancangan pun. Nie kiranya trip secara tiba-tiba la. Roommate cakap cikgu-cikgu sekolah dia nak buat rombongan pergi Jakarta dengan Bandung. Pergi hujung bulan Mei 2013. tak lama pun trip kali ni, 4 hari 3 malam je. Sebab trip tak payah pikir apa-apa, jadinya ikut sajalah. Bayar RM1200 je. Semua all in, tiket flight, hotel, transportation dan makan (sarapan pagi, makan tengah hari dan malam).

Trip kali ni takde buat persediaan apa-apa pun. Bukan pergi jauh pun. Negara jiran je. Cuma dah tau nanti bakal banyak jalan, jadi cari selipar / sandal yang selesa je la. Nanti sakit kaki, mengganggu tahap konsentrasi nak shopping pulak.

Sebulan sebelum tarikh pergi, dapat ittenariy. Pembayaran pun buat secara berperingkat. Jadinya takde laa terasa banyak sangat nak kena bayar.



Akan bersambung cerita sepenuhnya...