Showing posts with label Winter. Show all posts
Showing posts with label Winter. Show all posts

Sunday 29 December 2013

Last day ~ Rombongan Winter ke Seoul, Korea

4th February 2013

Hari ni dah last day kitaorg kat Seoul, Korea. Macam biasa, asal bangun je pagi, kaki akan terasa sakit yang amat. Lagi-lagi semalam banyak tempat kitaorg pusing. Once dah start bangun, jalan-jalan sikit, ok je balik Lepas mandi, continue misi packing saki baki. Uhukk sedih pulak rasanya nak tinggalkan Seoul, Korea. Macam tak puas lagi jalan-jalan kat sini.. Habis packing macam biasa, sarapan dan  bersiap.

Selesai bersiap, bawak keluar luggage dan serah kunci kat receptionist. Kemudian turun ke hall guest house. Kitaorg tinggal je luggage kat situ. Insyaallah tak hilang. Memang sebelum ni pun tengok ramai buat macam tu. Kalau kat malaysia, pusing belakang pun barang boleh hilang. Student yang bawak kitaorg jalan masih belum sampai. Bukak-bukak je pintu guest house tu, wahh.. snow sangat tebal. Jakun sekejap. Masa tu pekerja kat sana tengah sodok-sodok ketepikan salji tu. Kalo biarkan, akan jadi ais dan boleh jatuh sebab licin. So ambik kesempatan laaa bergambo bagai nak rak.


Habis-habis je layan snow, student tu pun sampai. First destinasi kitaorg ari ni ke Seoul Tourism Centre kat Myeongdong. Kat sini boleh cuba pakai hanbok secara percuma. Tapi kena register dulu. Masa sampai sana, dah habis giliran untuk sesi pagi, cuma ada sesi petang je. Memandangkan kitaorg balik flight petang, jadi memang tak sempat la. Takper lah maybe next time kalau ada rezeki Lebih, boleh datang lagi dan try hanbok. Hehehe...

Lepas habis pusing situ, kitaorang dibawa pergi ke Namsam Tower. Excited.. Pergi naik bas. Masa on the way, cantiknya view memandangkan malam tadi baru turun snow fresh. So memang view pagi tu putih je.


Kat Namsan Tower, masuk dalam Teddy Bear Musium. Ada banyak teddy bear kat sini... Dari miniture sampai laaa yang besar gabak.



Dah habis round kat atas tu, turun kat bawah pegi area deck yang penuh dengan pack lock. Pusing-pusing kejap, ambik gambo. Dah selesai sesi Namsan Tower.

Lepas tu,ambik bas untuk patah balik ke Myeongdong. Kat sini makan tengah hari dulu. Makan kat Yoogane Myeongdong.. Habis lunch, balik guest house ambik luggage dan terus ke airport...
Flight dari incheon pukul 5.30 petang dan jangka sampai malaysia pukul 11.30 malam.

Babai Korea... Dalam hati dah niat.. Nak repeat lagi....

5th Day ~ Rombongan Winter ke Seoul, Korea

03 February 2013

Kejap je rasanya, hari ni dah hari ke 5. Hari ni kitaorg pegi ke Gyeongbuk Palace, gwanghamun Square, cheonggyecheon stream, & King Saejong Musium/city hall. 

Masa sampai ke Gyeongbuk Palace, acara 'Changing Guard' baru nak mula. Sempat lah tengok proses pertukaran pengawal Gyeongbuk Palace. Habis upacara 'changging guard', barulah pusing-pusing kawasan istana tu. Memang sangat besar kawasan istana ni. 



Lama jugak pusing dalam istana tu. Semua tempat menarik nak bergambar. Dah selesai melawat istana tu, kitaorg pergi ke Gwanghamun Square. Mesti semua orang dah tau apa yang ada kat sini kan. Masa ni, dah macam mendung semacam. Student tu inform kitaorg, biasanya kalau mendung macam tu, salji nak turun. Dalam hati, berdoa.. Bestnya kalau betul-betul turun. Yer la, malaysia mana ada salji. Jakun pun jakun la. Tiba-tiba ada benda putih macam serbuk jatuh. Eh eh.. Salji. Yey.. Doa dimakbulkan. Tapi tak banyak pun. Kalau hujan, ibarat gerimis la. Habis Gwanghamun Square, jalan depan sikit terus boleh nampak Cheonggyecheon Stream. Susahnya nak sebut nama sungai ni. Macam sungai Klang la kalau kat Kuala Lumpur. Bezanya, sungai ni sangat bersih. Satu ketika dulu, sungai ni pun kotor jugak. Kerajaan diorang ambik inisiatif baik pulih balik sungai ni. Masa ni salji macam makin besar, tapi tak lebat sangat la.



Lepas tu, singgah kejap ke KTO (Korea Tourism Organism). Dekat sini ada proper surau untuk solat. Habis solat, destinasi seterusnya King Saejong Museum. Kat sini, boleh cuba tulis tulisan hangul secara percuma. Cuba aje la. Susahnya nak tulis pakai berus. Sekali sekala hentam saja. Selesai melawat sini dan keluar je dari King Saejong Museum, salji turun dengan lebatnya. Alhamdulillah, diberi pengalaman merasa salji turun. 



Habis King Saejong Museum, singgah sekejap je kat City Hall, sebab sejuk sangat, request kat student tu nak pergi ke Cat Cafe. Boleh layan coffee panas sambil main kucing. Nak masuk sini kena sanitizer dulu tangan. Comel dan gebunya kucing-kucing kat sini. Memang geram la tengok. Hilang sejuk layan coffee kat sini. Habis minum dan dah puas main kucing, cari train untuk pergi destinasi seterusnya, makan malam le. Malam ni, menu dinner adalah sotong pedas. Sedapnya. Memang boleh masuk tekak melayu la. Habis dinner, keluar je kedai.. Salji masih lagi lebat.

   

Hari pun dah malam, balik bilik nak berehat dan malam ni kena packing semua barang sebab pagi esok kena check out sebelum keluar jalan-jalan waktu pagi.

Continue last entry untuk trip winter.. Daa

Saturday 28 December 2013

4th Day ~ Rombongan winter ke Seoul, Korea

02 February 2013

Macam biasa.. Bangun-bangun, sakit kaki memang wajib.. Nak pijak lantai dan buat langkah pertama tu, sakitnya mak aii... Tp lepas betul-betulkan urat.. Jalan sikit... Ok laa... Setiap malam before tido memang gigih sapu yoko-yoko... Baru kaki sejuk dan tenang sikit nak tido. Rutin seperti biasa, yakni mandi, sarapan (maggi, roti & old town) seterusnya bersiap. Lepas tu turun ke hall guest house tunggu student tu datang jemput. Ittenary hari ni tak jalan-jalan sangat. Shopping time... Heheheh... hari ni kitaorg pergi ke Ewha University, Nandaemun, Dongdaemun dengan MyeongDong.

Memandangkan kawasan kitaorg duduk ni, dekat je dengan Ewha University, jadi kitaorg pegi laaa jalan-jalan tengok university diorang. Ewha University ni, memang Uni untuk budak perempuan sahaja... View memang Cantik. Rekabentuk bangunan kampus diorang pun unik. Memang tak lepas peluang le bergambo. Hehehe....


Lepas habis round Ewha University, kitaorg pergi ke Nandaemun. Dekat Nandaemun memang aktiviti borong brooch je laa. Memang gila laa kejap tengok brooch kat sini. Banyak jugak habis duit beli brooch kat sini. Ramai sedara mara perempuan kekdahnya. Dekat sini jugak ada booth jual cenderamata. Ambik peluang beli jugak fridge magnet. Buah tangan (perghh skima ayat ) kat kawan-kawan opis.

Habis beli brooch dengan fridge magnet, kitaorg pegi pulak ke Dongdaemun. Dekat-dekat je dua kawasan ni. Bagi sesiapa yang nak cari korean silk @ kain cotton, bolehlah datang sini. Sempat jugak beli 4 helai kain cotton. Boleh tempah buat baju keje (Masa menaip ni.. Kain tu dah siap jadi baju pun ). Hari ni memang takde aktiviti bergambar sangat sebab semua sibuk shopping dan takde view sangat nak shoot... Habis beli kain cotton, kitaorg pegi beli t-shirt pulak. Yang ni buah tangan untuk sedara mara lelaki. Beli t-shirt 'I Love Korea'.. & 'Seoul Hard Rock Cafe' ciplak.


Dah habis shopping, kitaorg pegi lunch. Menu tengah hari ni,  ikan bakar. Dekat area situ jugak. Sebab winter kan, perut asik lapar je. Semua makanan rasa sedap.  Hehehe... Nasib baik banyak jalan. So kira boleh cover balik lah kalori.. Ngeh ngeh ngeh... Habis makan, kitaorg lari balik guest house sekejap, simpan barang, rest kejap dan solat.

Selesai semua urusan, kitaorg keluar balik. Destinasi seterusnya, Myeongdong. Kat sini memang area agak havoc lah, Bagi siapa-siapa yang nak cuci mata dan fanatik k-pop, bolehlah datang ke sini. Sampai-sampai je masuk dalam forever 21 dulu. ada sale. Pantang nampak sale. Baju kat sana kebanyakkannya kecik-kecik size dia. uhukkk.. yer laa, tengok laa size org sana. Akhirnya, berjaya jugak rembat satu blouse je. Kat sini jugak ada banyak kedai kosmetik. Sempat laa rembat nose pack, BB Cream, Lip tint, masker. Memang rambang mata.  Sekian, aktiviti menyopping (ayat inggeris dimelayukan) pada hari ini.

Continue next entry... Daaa

Friday 27 December 2013

3rd Day ~ Rombongan Winter Ke Seoul, Korea

01 February 2013

Bangun-bangun je tido... Sakit kaki memang tahap gila-gila. Yer laa.. Satu Nami Island kitaorg round mana tak sakit... Masa tengah round tu tak sedar hapa dah.. Nah rasakan penangannya.. Tapi bukan selalu kan... Dah le datang jauh-jauh... Macam biasa... Lepas dah mandi, siap-siap & breakfast ala kadar, kitaorg turun hall guest house untuk tunggu student tu datang ambik bawak pegi next ittenary... Cuaca agak tak bagus hari mi... hujan... Sepanjang hari pulak tu.. so, hari ni kitaorg pegi ke Bukchon Hanok Village, Insadong, Itaewon dan Lotte World.

Destinasi pertama kitaorg menapak.. Bukchon Hanok Village. Kat sini banyak rumah tradisional diorang. Terus teringat rumah cerita drama korea 'personal taste'... Kalo kat tempat kita macam rumah kampung laa... Cantik-cantik design rumah kat sini... Kalo rajin, bolehlah cari photo spot bagi orang yang suka ambik gambo.. Dekat-dekat area sini jugak.. Ada sekolah yang diorang shoot untuk drama 'Winter Sonata'.. Tapi kitaorg mampu ambik dari luar je, sebab hari tu hari persekolahan diorang... Dah le ujan... Boleh layan dari luar je.. Sedih kan.. Habis je round-round area Bukchon Hanok Village, kitaorg pegi ke Insadong pulak. Sapa2 yang minat barang antik, mesti suka kat sini... Ala-ala Pasar Seni pun ada.. Oleh kerana, saya bukan berseni orangnya... Round2 kejap je la...


Habis round-round area Insadong, memandangkan hari tu hari Jumaat.. Dan student tu pun nak sembahyang Jumaat, so destinasi seterusnya ke Itaewon. Kat sini ada satu masjid.. Ramai foreigner islam boleh jumpa kat sini.. Kitaorg sembahyang jamak kat sini dan lepas tu lunch sekali...


Selesai lunch, kitaorg pegi ke Lotte World. Kat sini ada mall and theme park indoor & outdoor. Kitaorg cuma mampu masuk yang indoor je sebab theme park outdoor tutup.. Yer laa.. Ari ni kan ujan... Banyak game ada kat sini... Tapi queue nya, panjang yang hamat. Sempat laa layan 3 games.. Tapi bukan nak main sangat pun sebenornya.. Nak menengok & bergambo ajer...


Keluar je dari theme park, kitaorg pegi dinner kat Lotteria. Fast food ala-ala Mc' D laa.. Makan shrimp burger, fries dengan coke.. Habis dinner masuk dalam mall diorang jap.... Misi memcari 'Happy Call Pan'... Dah pernah tengok harga kat Jusco, compare dengan harga kat sana.. Memang jauh lebih murah.. So apa lagi... Masing-masing angkat sorang satu... Hehe.. Boleh grill ayam.. Stim ikan...Dah habs bayo.. sebab hari pun dah lewat, lepas tu misi balik bilik...berehat.. Zzzz

Next.. Will continue Day 4...

2nd Day ~ Rombongan Winter Ke Seoul, Korea

31 February 2013

Disebabkan winter, waktu siang memang pendek..  Student tu dah janji akan jemput kitaorg dalam 9.30. Nasib baik boleh je tido tempat asing. Bangun pagi .. Terus bersiap-siap & sarapan... Sarapan hari pertama, makan roti je dengan sambal bilis... Lepas tu masak maggi dalam microwave & secawan old town coffee hazelnut... Burrrppp kenyang.. Lepas sarapan, kitaorg turun bawah kejap tengok-tengok apa yang ada area guest house ni sebab malam tadi sampai dah gelap, tak nampak sangat area ni ada apa. Havoc jugak kawasan ni.


Lepas tu naik bilik.. & bersiap, kitOrg tunggu kat hall guest house tu.. Seperti dijanjikan... Student tu datang ambik kitaorg dan kalau ikut ikut ittenary, hari ni kitaorg akan pergi ke Nami Island. Sebab masih baru kat sini dan tak study sangat pun pasal train. Just follow je mana budak tu bawak naik train & teksi...


Dah sampai entrance... Student tu belikan kitaorg pass untuk masuk nami .. Untuk ke Nami Island, kitaorg naik ferry... Tak lama pun.... Kejap je.... Ramai jugak tourist & orang local pegi sana... 



Agak luas jugak laa Nami Island ni... Memang sejuk giler... Tapi view memang superb. Putih je... Semua tempat menarik nak bergambo... Pusing2 sampai tak sedar masa berjalan... Kat sini jugak ada surau.. So kitaorg sembahyang zohor dgn asar jamak kat sini... Oh ya.. Lupa.. Kat sini ada restoran halal.. Nasi goncang. Kitaorg ambik tuna. Dalam tu ada nasi, tuna dgn telur. Kena goncang2 baru makan. Nak goncang tu, kena pakai sarung tangan... Sebab sejuk dan lapo.. So, sedap ajer...


Dah habis round, tengok2 dah pukul 4 lebih... So balik semula ke Seoul & dinner kat Seoul. Lepas dinner, dah gelap... Balik semula ke guest house. Lepas balik bilik, rest kejap.. Kitaorg turun balik jalan-jalan area guest house.. Sempat lagi beli susu pisang. Boleh buat breakfast.

So.. Next will continue citer untuk 3rd day...





1st Day ~ Rombongan Winter Ke Seoul, Korea

30 January 2013

Flight kitaorg ke Incheon, South Korea pagi 30hb Januari 2013, pkl 8.50 pagi.. Pagi-pagi buta dah turun dari rumah pegi LCCT Sepang... Sebab excited, so ok je laa bangun awal pun... Kitaorg dah check-in seminggu awal via web check-in. So, dah kurang kalut sikit kat situ. Just drop luggage & tunggu masa nak berlepas...

I

Masa on the way.. Flight ok je.. Tak banyak turbulence.. Kadang-kadang je.. Kitaorg dah siap order premeal masa beli tiket.. Menu kitaorg apa lagi... Nasi Lemak Pak Nasir hehe.. Konon-konon tak jumpa nasi lemak lebih kurang seminggu... Dalam flight layan running man je laa kat ipad memandangkan flight kitaorg siang.. Tak boleh lena pun kalo nak tido.. Oh yaa.. Masa dalam flight diorang akan bagi form untuk kita isi.. & form ni kena serah kat imegresen masa kita sampai nanti... Masa dah dekat nak landing..... Wuuuu... Excitednya.. Nampak putih je view dari atas... 


Lepas dah dapat hint boleh bangun & keluar.. Kitaorg pun menapak laaa keluar. Masa tu dah rasa dah sejuk sikit-sikit.. Tp sebab dalam buiding lagi, so still tak boleh nak imagine macam mana real rasa sejuk winter kat luar. Lepas dah selesai urusan imegeresen & ambik luggage, student yang kitaorg ambik pakej underground tu dah pun menunggu. Perghhh... Lega...

Keluar je dari airport baru laa rasa macam mana sejuknya.. Jadi macam jakun jap.. Bila cakap/nafas, keluar asap kat mulut... Keh keh keh... student tu bawak kitaorg naik train untuk check in guest house kitaorg area Sinchon & namanya pun Sinchon Hostel.. Kawasan student ni.. Dekat je dengan Ewha University.. Lepas selesai check in, kitaorg dibawa makan malam... Makan kat Yoogane. Dia goreng nasi depan2 kitaorg... Makan nasi goreng seafood. Kedai makan kat korea ni, suka bagi side dishes free..


Lepas dah kenyang.. Student tu bawak kitaorg round-round kejap area Edae... Sempat la jugak pegi area depan Hongik University. Winter waktu siang dia pendek. Lepas tu kitaorg balik bilik untuk berehat and continue jalan-jalan esok...

Will be continue untuk 2nd day pulak yer...

Preparation ~ #Throwback Rombongan Winter ke Seoul, Korea

Pengenalan Trip Winter ke Seoul, Korea

Alang-alang dah terajin buat blog ni.. terasa pulak nak buat #throwback pasal trip/rombongan winter pergi korea selatan masa januari hari tu... Sebelum ada sikit lagi saki baki ingatan.. Baik kita mengarang sebelum hilang terus... Hehehe

Dah lama dah pergi... Masa awal tahun 2013 hari tu... Beli tiket masa air asia ada buat promosi.. Dalam bulan april/may 2012.. Tengok betapa lamanya dah beli sampai tarikh betul beli tiket pun tak ingat... So tarikh terbang pegi sana dari 30 januari 2013 sampai laa 4 februari 2013. Kitaorg dapat tiket dalam RM890 sorang. Tiket ni dah include sekali  meal dengan luggage... luggage pegi ambik 30kg, balik pulak.. naikkan sikit 45kg. Fly berdua je dengan my housemate... Masa beli tiket, main hentam je... Check2 balik lepas beli... Rupanya masa tu south korea tengah winter... Huhuhuhu...takut tak tahan tapi dalam masa sama seronok nak jumpa salji..

Lepas je beli tiket.. Terus semangat nak buat preparation... So.. 1st preparation masa tu.. Cari underground nye tour guide... So cari punya cari.. banyak rupanya student malaysia study kat sana buat pakej underground... Memandangkan korea susah nak komunikasi dan makan... Maka kitaorg berdua decide, better ambik je underground pakej under student.. Senang.. Semua all in termasuk guest house, makan, transportation & entry fee... Dalam RM1500 per person..

After dah dapat underground pakej... So next preparation... Attire nak pakai kat sana... Abis kedai and mall kitaorg round... Uniqlo, H&M, Kok Kong Winter Wear and etc.. Winter coat kat malaysia nie mostly mahal2... Nak tak nak.. rembat laa jugak winter coat, sweater, long john, muffler and etc....

Dah dekat2 date nak pegi sana... Dalam sebulan... Asyik dok usya money changer pulak... Last2 tukar kat mid valley je... Dekat dengan rumah.. So senang... Jangan lupa jugak cari vaseline and lotion memandangkan kulit akan jadi kering....



Tiket, duit


So kita continue next post...