Saturday 11 January 2014

Cerita Bebelan ~ Preparation Ber Cherry Blossom

Dah 2 minggu busy discussion masa weekend untuk trip layan Cherry Blossom... Booking Guest house ngan flite DONE.. alhamdulillah... Tinggal nak kena pegi ambil international driving license before booking kereta...


Tak sabarnya....


Monday 6 January 2014

Cerita jalan-jalan ~ Hari pertama Jakarta - cianjur

29 May 2013

Trip kali ni agak santai. Memandangkan semua diuruskan oleh agen. Kira trip lenggang kangkung la. Flight kitaorg petang dalam pukul 4. So dalam PUKUL 11 tengah hari kitaorg berempat secara berjemaah turun dari rumah pergi ke KL CENTRAL. Dari sini, ambil ERL untuk terus ke KLIA sebab dah janji dalam pukul 2 semua kena kumpul untuk check in group.

Sampai KLIA, terus cari kedai makan. Kiranya brunch laa...  Salah perhitungan pulak. Sepatutnya kitaorg makan dulu kat KL CENTRAL. Dah habis makan, masing-masing menuju ke surau. Habis semua agenda, kitaorg berkumpul di tempat yang ditetapkan. Masa nak check in agak kacau bilau. Alhamdulillah selesai jugak check in akhirnya.

Trip kitaorg kali ni agak selesa. Kitorg naik KLM dan akan turun di Jakarta yakni airpot Soekarno-Hatta. Ada entertaiment dalam flight, memandangkan travel 2 jam 45 minit je, tak sempat pun nak layan movie. Lepas 45 minit perjalanan, kitaorg dihidangkan minum petang. Vegetable pie dengan juice. Huhu... Tak sedap... Dalam flight diorang ada bagi form nak kena fill up. Mcm biasa fill up je laa form tu.


Sampai airport Soekarno-Hatta dah agak lewat petang. Selesai jugak urusan imegresen. Masa kat sini, diorang akan bagi balik keratan yang di chop. Simpan keratan ni ye. Sebab yang ni amat penting untuk masa nak balik nanti. Lepas pick up je, hari dah gelap. Semua kumpul kat luar dan tunggu tour guide datang pick up. Alhamdulillah, tour guide memang dah menunggu. Destinasi pertama yang dibawa tentulah makan malam. Sah-sah semua kelaparan. 


Malam tu layan masakan padang. Selesai makan malam, bermulalah destinasi pertama kitaorg. Malam ini kitaorg akan dibawa ke Cianjur. Agak jauh dari Jakarta. Cianjur ni kawasan agak sejuk. Kalau tempat kita, ala-ala macam cameron la. Pengalaman pertama merasa 'jam' di Indonesia.. Wah.. Macetnya sangat dasyat. Kitaorg sampai di Hotel Cianjur agak lewat, dalam pukul 12 lebih. Memandangkan dah lewat malam, selepas dapat kunci bilik, mandi, terus semua tidur kepenatan. 

Continue hari ke dua ....

Tuesday 31 December 2013

Cerita bebelan ~ Selamat tinggal 2013, selamat datang 2014

Sekejap saja lagi, 2013 akan tinggalkan kita. Macam sekejap je masa berjalan. Beberapa minit saja lagi, 2014 akan menjelma.  Sepanjang 2013, banyak jugak kenangan manis berjaya dicoret.

1) Awal tahun, first trip ke Korea. Dapat diberi kesempatan merasa salji pertama, alhamdulillah.

2) Mac 2013, diberi rezeki dan kepercayaan tempat kerja dan boss. Alhamdulillah, dapat cemerlang dalam KPI dan dinaikkan pangkat. Syukur ke hadrat ilahi.

3) Trip ke Indonesia iaitu Jakarta dan Bandung bersama housemate.

4) Proses membeli rumah yang pertama selesai dan menunggu progress. Harap-harap semuanya berlancar dan siap pada masa ditetapkan.

5) Disember 2013, berjaya memikul tanggungjawab pertama sebagai Project Leader untuk project  besar.

Semoga 2014 membawa kenangan lebih manis kepadaku.

Welcome 2014
&
Happy Birthday to me


Monday 30 December 2013

Cerita jalan-jalan ~ #Throwback Trip ke Jakarta - Bandung

Trip ni tak ada dalam perancangan pun. Nie kiranya trip secara tiba-tiba la. Roommate cakap cikgu-cikgu sekolah dia nak buat rombongan pergi Jakarta dengan Bandung. Pergi hujung bulan Mei 2013. tak lama pun trip kali ni, 4 hari 3 malam je. Sebab trip tak payah pikir apa-apa, jadinya ikut sajalah. Bayar RM1200 je. Semua all in, tiket flight, hotel, transportation dan makan (sarapan pagi, makan tengah hari dan malam).

Trip kali ni takde buat persediaan apa-apa pun. Bukan pergi jauh pun. Negara jiran je. Cuma dah tau nanti bakal banyak jalan, jadi cari selipar / sandal yang selesa je la. Nanti sakit kaki, mengganggu tahap konsentrasi nak shopping pulak.

Sebulan sebelum tarikh pergi, dapat ittenariy. Pembayaran pun buat secara berperingkat. Jadinya takde laa terasa banyak sangat nak kena bayar.



Akan bersambung cerita sepenuhnya...

Sunday 29 December 2013

Cerita Resipi ~ Percubaan buat Jeruk Lobak a.k.a Daikon Pickles

Dah start rutin normal. Dah masuk kerja balik. Masa berjimba sudah habis. Rindu sama terengganu.. Rindu sama emak ayah, adik beradik, anak buah.. rindu sama pantai.. rindu sama makanan.. semua rindu laaa... Aikk baru balik KL baru berapa hari dah rindu. Sabar-sabar, raya cina ni.. Kay Tee!! Mu tunggu aku datang.



Hari ni tiba-tiba mood nak masak datang. Maka berangkatlah ke Carrefour cari bahan. Nak mencuba buat jeruk lobak putih a.k.a 'daikon pickles'. Resepi cari dalam google. Lepas tu ubah le ikut citarasa.

Jeruk Lobak a.k.a 'Daikon Pickles' resipi

Bahan-bahan
Lobak putih
Cuka
Air
Serbuk kunyit
Lada hitam
Garam
Gula

Cara-cara
1) Hiris lopak putih nipis nipis
2) Masukkan cuka dan air dalam periuk dengan sukatan 1:1.
    Contoh : kalau cuka 1 cawan, air pun 1 cawan
3) Masukkan satu sudu teh serbuk kunyit. Kalau tak kuning, agak-agak laa..
4) Didihkan campuran.
5)  Masukkan gula degan garam.
6)  Bila dah mendidih, masukkan lada hitam.
7) Tutup api, masukkan lobak yang dihiris tadi dan sejukkan.
8) Masukkan dalam jar bertutup dan boleh lah letakan dalam peti ais.



Nota : boleh cuba makan dengan mee..next resipi nak try buat jjajangmyeon..

Last day ~ Rombongan Winter ke Seoul, Korea

4th February 2013

Hari ni dah last day kitaorg kat Seoul, Korea. Macam biasa, asal bangun je pagi, kaki akan terasa sakit yang amat. Lagi-lagi semalam banyak tempat kitaorg pusing. Once dah start bangun, jalan-jalan sikit, ok je balik Lepas mandi, continue misi packing saki baki. Uhukk sedih pulak rasanya nak tinggalkan Seoul, Korea. Macam tak puas lagi jalan-jalan kat sini.. Habis packing macam biasa, sarapan dan  bersiap.

Selesai bersiap, bawak keluar luggage dan serah kunci kat receptionist. Kemudian turun ke hall guest house. Kitaorg tinggal je luggage kat situ. Insyaallah tak hilang. Memang sebelum ni pun tengok ramai buat macam tu. Kalau kat malaysia, pusing belakang pun barang boleh hilang. Student yang bawak kitaorg jalan masih belum sampai. Bukak-bukak je pintu guest house tu, wahh.. snow sangat tebal. Jakun sekejap. Masa tu pekerja kat sana tengah sodok-sodok ketepikan salji tu. Kalo biarkan, akan jadi ais dan boleh jatuh sebab licin. So ambik kesempatan laaa bergambo bagai nak rak.


Habis-habis je layan snow, student tu pun sampai. First destinasi kitaorg ari ni ke Seoul Tourism Centre kat Myeongdong. Kat sini boleh cuba pakai hanbok secara percuma. Tapi kena register dulu. Masa sampai sana, dah habis giliran untuk sesi pagi, cuma ada sesi petang je. Memandangkan kitaorg balik flight petang, jadi memang tak sempat la. Takper lah maybe next time kalau ada rezeki Lebih, boleh datang lagi dan try hanbok. Hehehe...

Lepas habis pusing situ, kitaorang dibawa pergi ke Namsam Tower. Excited.. Pergi naik bas. Masa on the way, cantiknya view memandangkan malam tadi baru turun snow fresh. So memang view pagi tu putih je.


Kat Namsan Tower, masuk dalam Teddy Bear Musium. Ada banyak teddy bear kat sini... Dari miniture sampai laaa yang besar gabak.



Dah habis round kat atas tu, turun kat bawah pegi area deck yang penuh dengan pack lock. Pusing-pusing kejap, ambik gambo. Dah selesai sesi Namsan Tower.

Lepas tu,ambik bas untuk patah balik ke Myeongdong. Kat sini makan tengah hari dulu. Makan kat Yoogane Myeongdong.. Habis lunch, balik guest house ambik luggage dan terus ke airport...
Flight dari incheon pukul 5.30 petang dan jangka sampai malaysia pukul 11.30 malam.

Babai Korea... Dalam hati dah niat.. Nak repeat lagi....

5th Day ~ Rombongan Winter ke Seoul, Korea

03 February 2013

Kejap je rasanya, hari ni dah hari ke 5. Hari ni kitaorg pegi ke Gyeongbuk Palace, gwanghamun Square, cheonggyecheon stream, & King Saejong Musium/city hall. 

Masa sampai ke Gyeongbuk Palace, acara 'Changing Guard' baru nak mula. Sempat lah tengok proses pertukaran pengawal Gyeongbuk Palace. Habis upacara 'changging guard', barulah pusing-pusing kawasan istana tu. Memang sangat besar kawasan istana ni. 



Lama jugak pusing dalam istana tu. Semua tempat menarik nak bergambar. Dah selesai melawat istana tu, kitaorg pergi ke Gwanghamun Square. Mesti semua orang dah tau apa yang ada kat sini kan. Masa ni, dah macam mendung semacam. Student tu inform kitaorg, biasanya kalau mendung macam tu, salji nak turun. Dalam hati, berdoa.. Bestnya kalau betul-betul turun. Yer la, malaysia mana ada salji. Jakun pun jakun la. Tiba-tiba ada benda putih macam serbuk jatuh. Eh eh.. Salji. Yey.. Doa dimakbulkan. Tapi tak banyak pun. Kalau hujan, ibarat gerimis la. Habis Gwanghamun Square, jalan depan sikit terus boleh nampak Cheonggyecheon Stream. Susahnya nak sebut nama sungai ni. Macam sungai Klang la kalau kat Kuala Lumpur. Bezanya, sungai ni sangat bersih. Satu ketika dulu, sungai ni pun kotor jugak. Kerajaan diorang ambik inisiatif baik pulih balik sungai ni. Masa ni salji macam makin besar, tapi tak lebat sangat la.



Lepas tu, singgah kejap ke KTO (Korea Tourism Organism). Dekat sini ada proper surau untuk solat. Habis solat, destinasi seterusnya King Saejong Museum. Kat sini, boleh cuba tulis tulisan hangul secara percuma. Cuba aje la. Susahnya nak tulis pakai berus. Sekali sekala hentam saja. Selesai melawat sini dan keluar je dari King Saejong Museum, salji turun dengan lebatnya. Alhamdulillah, diberi pengalaman merasa salji turun. 



Habis King Saejong Museum, singgah sekejap je kat City Hall, sebab sejuk sangat, request kat student tu nak pergi ke Cat Cafe. Boleh layan coffee panas sambil main kucing. Nak masuk sini kena sanitizer dulu tangan. Comel dan gebunya kucing-kucing kat sini. Memang geram la tengok. Hilang sejuk layan coffee kat sini. Habis minum dan dah puas main kucing, cari train untuk pergi destinasi seterusnya, makan malam le. Malam ni, menu dinner adalah sotong pedas. Sedapnya. Memang boleh masuk tekak melayu la. Habis dinner, keluar je kedai.. Salji masih lagi lebat.

   

Hari pun dah malam, balik bilik nak berehat dan malam ni kena packing semua barang sebab pagi esok kena check out sebelum keluar jalan-jalan waktu pagi.

Continue last entry untuk trip winter.. Daa